Hubungan antara pengulasan dan pengetahuan sejarah karya Kritikan_sastera

Kritik sastera dan sejarah sastera memiliki hubungan yang erat, maka tidak ada kritikan sastera tanpa sejarah sastera.[7] Akan tetapi, keduanya memiliki wilayahnya sendiri dalam dunia sastera dan memiliki perbedaan.[7] Sejarah sastera akan menjelaskan "A" berasal dari "B", sementara kritikan sastera menilai "A" lebih baik dari "B".[7] Sejarah sastera berdasarkan pembuktian data-data historis, sementara kritikan sastera berdasarkan pada pendapat dan keyakinan seorang kritikus sastera.[7]

Kaitan yang pasti antara sejarah sastera dan kritikan sastera adalah kritikan sastera yang baik akan menganalisis suatu karya sastera dengan melibatkan pemikiran dan sikap orang-orang dalam suatu zaman lahirnya sebuah karya sastera.[7] Hal ini penting kerana setiap zaman memiliki konsep dan pemikiran yang berbeda-beda.[7] Sementara itu, tidak ada sejarah sastera yang ditulis tanpa dasar penilaian dan seleksi yang menjadi ciri khas kritikan sastera.[7] Sejarah sastera berperan menghasilkan kritikan sastera yang melampaui penilaian atas dasar suka atau tidak suka.[7] Kritikus sastera yang sadar akan sejarah sastera mempunyai kemampuan untuk membedakan asli atau tidaknya sebuah karya sastera yang sedang dihadapi.[7]